Wednesday, October 14, 2009

Detik 14 Oktober 2008

2100pm (Oslo time), 0300am ( KL time)

Waktu ibu write this blog, Kaseh ada kat living hall dengan ayah..tak jauh pun dari ibu.. ayah khusyuk tengok HERO sementara si manja lak masih aktif bermain.. kejap dia berdiri betul2 depan ayah, seolah2 cuba mencuri perhatian ayah dengan melindungi pandangan ayah dari kaca televisyen.. dan ada satu masa..kaseh dok berjalan2 keliling hall yanag comel ni... bila pandang pada ibu dan ayah..menyeringai nampakkan gigi dia yang cuma 6 batang tu.. ..dan saat ni pulak.. Kaseh duduk kat kapet ..macam dah tak tahu nak buat apa.. actually, selalulnya time2 ni Kaseh dah nyenyak diulit mimpi.. cuma entah kenapa malam ni.. tahap keaftifannya terlebih lak.. mungkin terkenang peristiwa setahun yang lalu waktu yang sama dengan waktu ni..





dah boring la tu..huhu..

Setahun yang lalu..tarikh dan waktu yang sama.. ibu terjaga dari tidur disebabkan contraction yang agak kerap.. waktu tu teringat pesan Cik Ida( kakak ibu, ibu abg syahmi).. Cik Ida kata, kalau rasa sakit tu datang every 5minutes, itu memang tanda2 nak bersalin.. bila teringat kata2 tu, ibu terus cek time interval.. lepas ibu cek2..memang betul la every 5 minutes.. then ibu rasa nak terkencing pun ada, terberak pun ada.. gi toilet..tapi tkde apa.. cume perasan ada bleeding sket kat panties.. there you go.. memang betul dah hampir masanya ni..bila ayah terjaga, ibu dok tengah bersandar kat katil..ayah tanya kalau ibu dah nak gerak ke PUSRAWI, tapi ibu kata nanti dulu.. sampai ibu rasa dah tak tahan..baru ibu ajak ayah siap2 ke PUSRAWI.. masa tu dah kol 4am lbh dah.. alhamdulillah..bag dan barang2 lain semua dah siap dalam bonet kereta..memang ibu siapkan seawal kandungan berusia 8 bulan.. so, cuma cuci2 muka, gosok gigi dan salin baju je.. ayah lak siapkan kete bawak ke laluan yang paling hampir dengan pintu umah.. ayah papah ibu turun tangga sebab ada masa bila contraction tu datang, rasa macam tak tertahan plak.. dalam kete macam dah seram sejuk jek.. jalan sangat lengang waktu tu..maklumla..baru pukul 4am kan..adala beberapa biji kereta ja.. melihatkan keadaan highway yanag tenang, teringat conversation ayah dengan Kaseh before ibu masuk tidur malam tadi.. Kaseh ingat tak ayah ada pesan?? Ayah kata kat Kaseh "Baby, baby kalau nak kuar, kuarla time2 jalan tak busy ye, pukul 10mlm ke atas.. kalau siang hari lak..pukul 10pagi ke atas..janji tau'" that's what your dad ask from you manja.. Bukan sebab apa.. jalan nak kuar dari taman umah kita ni cuma satu jerk..selalu memang jem dekat traffic light depan nun..well, nampaknya anak manja ibu dan ayah ni memang cepat faham sejak dari dalam kandungan lagi.. elok2 je de mula cari jalan nak kuar time2 ni.. memangla sangat lengang jalan tu..Dalam perjalanan, sempat ibu call Tok Ibu mohon maaf atas segala kesilapan ibu dan minta didoakan semuanya selamat..ada juga hantar sms pada pak cik2 dan mak cik2 Kaseh..tak dilupakan juga..tok ayah..

After about 30-40min perjalanan..sampaila kita kat PUSRAWI SMC Kajang.. ibu yang nak bersalin kat sini..sebab ibu nak doktor perempuan islam yang sambut kelahiran bayi ibu.. lagipun, ibu suka dengan cara doktor Masyitah (kebetulan nama ibu n doc ni pon dekat2 sama) layan ibu.. dia sangat baik.. kecik molek je orangnya.. Ibu duduk kat ruang menunggu sementara tunggu ayah register.. After dah setel sume.. nurse antar ke wad.. ibu minta ayah supaya pilih bilik untuk seorang sahaja..tak mau campur dengan orang lain.. lebih privacy.. lagipun tak ganggu siapa2 bila ada pelawat nanti..

Dipendekkan cerita.. lepas nurse cek bukaan pintu rahim ibu (masa tu baru 2 cm), ayah kata nak kuar untuk breakfast jap. masa tu dalam pukul 6..so, ibu sorank2 je la.. nak bawak tidur, tapi sakit yang kerap buat terbantut nak tidur.. ayah lak asik sms tanya mcm mana.. ibu ok jerk.. then pas ayah balik.. nurse ada masuk bagi breakfast..tapi ibu tak lalu langsung nk jamah roti tu.. ayah paksa gak ibu makan sket takut tkde tenaga.. dalam pada menahan contraction yg semakin kerap tu, ibu gagahkn juga makan sket..

Tepat pukul 8am, ibu dah makin tak tahan sungguh2.. ayah tanya if nak panggil nurse.. ibu iyakan jerk.. pas nurse masuk and cek bukaan yang baru 4cm camtu.. ibu dibawa ke labour room kat tingkat 3.. masa tu perasaan bercampur baur.. takut, tak sabar, sakit, macam2 lagi la perasaan time tu.. saat di tempatkan kat atas katil tempat bersalin tu..lagila ibu rasa seriau.. huhu.. dalam hati tak henti2 baca surah2 dan berselawat.. Ibu mohon moga dipermudahkan urusan kelahiran ini.. Tak lama lepas tu doc masuk and cek laluan lagi..dah 6cm katanya..terus dia pecahkan air ketuban ibu.. terasa macam terkencing kat tilam lak..basah lencun..huhu..Then ada doc tanya if nak amik EPIDURAL.. tapi seawal ibu disahkan mengandungkan kaseh, memang ibu dah baeritahu pada ayah.. macam mana pun, ibu tak mau amik EPIDURAL.. sebab ibu yakin ibu masih mampu menahan dan menanggung semuanya..

Perjuangan melahirkan zuriat manja ibu bermula lebih kurang jam 10am.. Waktu tu ibu macam mengantuk sangat2 sebenarnya.. doc n nurse pesan..everytime contraction datang jerk..push sekuat hati..selagi ada rasa sakit tu.. tapi ibu macam tak tau nak push.. sekali nafas je dah habis..takde nak curi2 nafas.. tula ayah..ibu ajak g kelas preparation tak mau.. ayah kata org dolu2 takde pon.. laktu ibu tkde lak nk tgk video2 org bersalin kan.. kot tgk pun gitu2 jerk.. tak banyak sikit, mgkin ada silap kat situ.. bila dah nak hujung2 tu baru la macam pandai sket..tapi tu pun dah hampir 2 jam.. seriously, mata ibu memang sangat2 mengantuk.. mungkin terjaga sakit tgh2 pagi..pastu dengan tak tidur dan tak makan apa..lagila bertambah mengantuk dan sangat2 letih!! paling kelakar.. ibu boleh terlelap in between the contraction tu.. bila rasa sakit datang je ibu terjaga..then try hard to push.. after that..leh plak terlelap balik..kelakar lak bila ingat2.. tapi, ada satu ketika bila mana ibu terjaga dari lelap tu.. seakan ada sesuatu yang dibincangkan antara doktor dan ayah.. dari pandangan mata doktor, ibu tau there must be something.. tak lama tu, ibu nampak doktor dan ayah keluar.. hati ibu tau mesti ada sesuatu yang perlu diputuskan.. bila ayah masuk, ayah usap dahi ibu sambil berkata "kita rest dulu 5 minit, abang nak naik surau sembahyang..nanti jap lagi kita cuba lagi ye sayang'" waktu tu dah hampir kol 12pm..zohor pon belum masuk..tp ibu tau ayah berhajat pada Yang Maha Esa moga dipermudahkan kelahiran ini seperti doa ayah yang ni..

Dalam pada ayah ke surau, doktor datang pada ibu, then ibu tanyaabetul2 pada doc.. " doktor, sebenarnya kepala baby jauh lagi kan??" the she said "yes"..after that, ibu bagitau doktor yang ibu sangat letih..sungguh2 dah tak larat dan takde tenaga dah.. just do whatever the best for both of us.. sekalipun ceasor..i'm willing to..sebab ibu dah tak mampu dah waktu tu.. tapi, doc tak pulak push ntok ceasor, instead de bg option ntok vacuum, but still ibu kena push untuk tolong dia.. ibu tak ingat sama ada ibu kata ibu cuba or ibu memang dah tak larat.. rasa macam memang ibu kata tak larat dah..

Nak dijadikan cerita.. tak lama lepas tu..dalam mamai2 terlelap ni..ibu nampak doc masuk bawa some equipment..yang mana waktu tu ibu tak sure apa.. Sementara ayah yang engaged with somebody(ayah call Mak Ngah time tu) di luar terus je masuk balik ke labour room.. Suddenly, ibu terasa ada sesuatu yang doc tu masukkan ke pintu rahim and bila ibu dengar je seakan bunyi vacuum, serentak la semua nurse2(ada dlm 4/5 org time tu), ayah and doc kata 'Push!!!!', ditambah plak dengan genggaman kasih ayah dan suara ayah yang penuh dengan pengharapan, ibu cuba mencari saki baki kekuatan dan tenaga yang tinggal selepas hampir 2jam setengah bertarung.. dan Alhamdulillah..tiba2 terasa ada sesuatu yang keluar dan tup2 doc letak baby kat atas ibu.. Ya Allah..sungguh ibu bersyukur sangat2 waktu tu.. terpancar sinar kegembiraan dan kesyukuran di wajah ayah.. Allah hu Akbar..terdengar tangisan si manja selepas nurse bersihkan sisa2 darah di badan Kaseh.. selepas ayah iqamatkan, nurse letakkan Kaseh dekat dengan dada ibu.. Ya Allah..terasa saangat bahagia waktu melihat setiap inci tubuh Kaseh.. kemudian ibu suakan susu ibu pada Kaseh walaupun ibu tau belum ada titis yang keluar.. waktu tu terasa sangat hiba di dada..akhirnya bayi yang ibu kandung selama 9 bln 8 hari..sudah ada dalam dakapan ibu..

Setelah saki baki urusan bersalin selesai..ibu dibiarkan berehat di labour room bersama ayah.. kaseh pun ada.. Tak lama lepas tu Mak Ngah datang.. ibu masih belum tidur waktu tu..Kaseh juga tak tidur2..dari sejak sudah proses bersalin tadi.. kegembiraan di hati mendesak ibu untuk terus menatapi puteri ibu... tapi akhirnya.. ibu terlelap jua.. cuma sesekali ibu terjaga dek perbualan antara ayah dan Mak Ngah..selepas dipindahkan ke bilik ibu, Kaseh ditempatkan di nursery..

Malam tu..ibu minta ayah ambil Kaseh.. rindu rasanya..lepas puas peluk, dakap, cium dan tatap kaseh, baru ayah hantar ke nursery semula..

Dan malam tu juga baru ibu tahu cerita sebenar di sebalik proses kelahiran Kaseh dari blog ayah.. Apapun, ibu bersyukur segalanya berjalan dengan baik walaupun akhirnya ibu terpaksa akur pada kehendak takdir yang memilih vacuum sebagai alternatif untuk mengeluarkan puteri ibu.. Maaf sayang, ibu sungguh tak sengaja..dan atas sebab tu ada kesan merah di kepala Kaseh waktu tu .. it's normal for vacuum procedure.. nurse pun ada pesan soh usapkan daun sirih kat kepala Kaseh..nanti2 hilangla kesan tu.. dan syukur semuanya ok sekarang..

Akhir kata, terima kasih buat ayah yang sentiasa setia menemani detik2 kelahiran Kaseh..walau ibu tau ayah takut darah..tapi demi ibu dan Kaseh..ayah gagahkan jua untuk terus di sisi ibu.. Terima kasih sayang..


Ya Allah..
Terima kasih sekali lagi atas anugerah tak terhingga ini,
Yang telah Kau titipkan buat aku dan suami,
Sesungguhnya,
Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran padaMu Ya Allah..

Ya Allah Ya Rahman..
Kau berilah aku dan suamiku petunjuk dah hidayah,
Dalam mendidik zuriat kami,
Agar menjadi anak yang solehah,
Yang sentiasa mendoakan kebaikan kami,
Juga dapat memanjangkan amalan kami dengan amalan baiknya,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Berila taufik dan hidayahMu pada zuriatku,
Agar menjadi muslimat yang sejati,
Yang sentiasa dekat di sisi Mu Ya Allah..
Aku mohon padaMu,
Kau lindungila zuriatku dari syaitan yang direjam,
Kau tutupkanlah pintu kemungkaran darinya,
Lantas Kau luaskanlah pintu syurga, rahmat dan kebaikan padanya,

Ya Allah,
Tabahkanla hati zuriatku dalam menempuh kehidupan yang penuh liku ini,
Lindungila dia dari segala kejahatan,
Teguhkanla imannya dan berkatila hidupnya,

Ya Allah..
Andai ada ibu bapa yang kurang bernasib baik,
Aku mohon kau tabahkanla hati mereka,
Kau permudahkanla urusan mereka,
Kau berila petunjuk dan hidayahMu pada mereka,
Untuk terus berjuang dan memelihara anak mereka,

Ya Allah,
Aku hanyala seorang hamba yang lemah,
Yang hanya mampu bermunajat dan memohon padaMu,
Sesungguhnya, hanya padaMu jua aku bermohon Ya Allah..

Amin..amin..ya Rabbal A'lamin..


Seawal minit pertama Kaseh dilahirkan.. 14/10/2008, 12.30pm, PUSRAWI SMC..

Updated Kaseh..14/10/2009..

Selamat hari lahir yang pertama sayang...

P/S: I Love you..


5 comments:

MiJa said...

Kalo teringat 'kejadian' ni,mcm2 perasaan ada..haha apa2pun syukur alhamdulillah,kan!
Mija x pernah lagi publish story bersalinkan Zharif..^^

Kaseh mmg good girl la!

pak su and nenek sekeluarga said...

selamat hari lahir kaseh..:D

ayah said...

I love both of you...

Kaseh... good girl... clever girl...

cik juju said...

happy birthday kaseh ^__^

Anonymous said...

awk...meleleh air mata kita bc entry ni..
bila pk2 detik-detik cemas kt labor room mmg cuak kan?...
hopefully anak2 kita akan hargai segala jerit perih n sakit maung kita melahirkan diorang n tak sia-siakan pengorbanan kita membesarkan mereka kan?...

hepy 1st birthday again kaseh!!!