Monday, March 15, 2010

Lelaki ini..





suami pada ibu..
ayah pada kamu...
sesekali ibu tau hatinya sedikit terasa..
bila ada masanya si isteri
seolah olah melepaskan rasa padanya..
ibu juga tau sedaya mungkin
ayah cuba menyembunyikan perasaan sendiri..
sungguh ibu rasa bersalah...
tapi..ibu cuma manusia biasa
yang kadang kala tak mampu untuk terus menahan rasa
yang ada masanya terlepas bicara walau hati tak pernah menginginkannya...

seringkali ibu teringin mengikut jejak langkah ayah..
seringkali melihat sesuatu itu dari sudut positif..
sedaya mungkin mencari yang positif
di sebalik yang terang terangan negatifnya..
sungguh ibu kagum dengan attitude dan pendirian ayah
dalam melalui hari hari dalam hidupnya..
walau pernah ada waktunya ayah tersungkur..
terjatuh..
terduduk..
waimah tersembam ke bumi...
namun ayah tetap juga mencari sisa2 kekuatan yang ada
di celah celah kepayahan dan kesakitan itu..
untuk bangkit dari jatuhnya..
lalu berdiri.. melangkah...dan terus berlari...
sungguh kental semangat ayahmu sayang...

dia..ayahmu..teman hidup ibu..
yang sentiasa cuba sedayanya
untuk memenuhi setiap keinginan dan impian si isteri..
segigih mungkin mewarnai dan melengkapi hidup kamu..
walau ada ketikanya...
atau harus ibu katakan yang sebenarnya..
ayah sentiasa mengenepikan kepentingan dan keinginan sendiri..
hanya untuk memenuhi tuntutan insan2 di sampingnya..
sungguh murni sifat ayahmu..
sungguh tulus hatinya menyanyangi ibu dan kamu..

hingga saat ini...
belum pernah ibu dengar keluh kesah ayah
dalam menangani kerenah kamu juga ibu...
dan hingga saat ini juga..
walau sudah hampir 17 tahun kami berkawan,
hampir 7 tahun menyulam cinta, kasih dan sayang,
juga setelah hampir 3 tahun kami melayari bahtera rumahtangga,
TIDAK pernah sekalipun..
walau sekali..
ayah mengkritik ibu..
sungguh jelas ayah menerima ibu seadanya...
pada ayah...segalanya tentang ibu sudah cukup memadai baginya...
sedangkan ibu tahu..tak semua lelaki begitu..
syukur ibu dan kamu dikurniakan suami dan ayah sepertinya...

sungguh ibu cinta ayah kamu..
sungguh ibu sayangkan ayah kamu..
dan bersungguh jua ibu mengasihinya..
hingga akhir hayat ini..
kerna ayah adalah satu satunya lelaki
yang mampu memecahkan benteng keegoan ibu
yang berjaya melenturkan hati ibu menjadi lebih fleksibel..
agar tidak terlalu mudah tersentuh..
lalu menangis hanya kerna perkara2 remeh..
dan akhirnya.. ayahlah SATU SATUNYA lelaki
di antara lelaki yang pernah hadir dlm hidup ibu..
yang bisa buat ibu jatuh cinta..
dan beberapa kali menderita kerana terlalu merinduinya
yang waktu itu berada jauh di lautan...
kerna sebelum ayah muncul dalam hidup ibu..
ibu tak pernah serius memikirkan hal cinta..
kerna ibu takut...
takut dengan komitmen cinta itu sendiri...
Namun...
atas kehendak Allah Swt..
pintu hati ibu akhirnya terbuka
untuk menyambut salam cinta yang dihulurkan oleh ayah...
walau hati masih berbelah bagi ketika itu..

dan pada saat ini..
hanya syukur yang sering ibu titipkan...
kerna dipertemukan dengan lelaki sebaik dan sehebat ayahmu..
walau tidak pada orang lain..
tapi cukup..malah lebih dari cukup..
buat ibu..dan kamu...
kerna ibu pasti..takkan ada lelaki lain dalam dunia ni
yang mampu membahagiakan kita selain ayahmu..
setiap saat dalam hela nafas ibu juga..
sentiasa berdoa pada Yang Maha Berkuasa atas kesekian alamNya..
agar sentiasa memberkati perhubungan suci ini..
dan sentiasa melimpahkan rahmatNya..
memberi taufik dan hidayah
agar kita sama2 dapat melalui kehidupan mendatang
dengan penuh keimanan dan ketabahan..

terima kasih sayang kerna hadir dalam hidup ini..
syukur padaMu Ya Allah kerna menitipkan aku
seorang suami yang terbaik buatku..
juga ayah yang terhebat buat anakku...


pic source: arkib memori * Paris 2009..


Note: sekadar meluahkan rasa melalui kata2.. yang datang tanpa bicara..


P/S : I Love us!!




6 comments:

pak su and nenek said...

so sweeetttt laa.=.=..

suami yang hensem berambut panjang said...

Aku ada kerna kamu dan kamu jua kecik... hehehe...

Mungkin sudah sampai masanya untuk dekat, tapi tidak dekat sangat, jauh tapi tidak sejauh disini, bukan di dalam, tapi juga tidak terlalu di luar... Amin...

KIRIS.. said...

;)

KIRIS.. said...

hi suami yg hensem berambut panjang... :P

moga takdir dan impian memihak pada kita untuk kesekian kalinya...amin....do really2 hope so..

Adik yang macho berambut pendek @ Pak Ngah said...

jiwang la abg is nie...maksud mendalam tue...haha, n nak nyanyi lagu anuar zain la..lelaki ini yang selalu mencintaku..selalu tanpa ragu..:P

KIRIS.. said...

adik yg macho berambut pendek @ Pak Ngah,

sesekali jiwang ok la..eheh.. posting si isteri dah ala2 jiwang.. harusla dibalas ala2 jiwang oleh si suami juge..wakakakakak... :)