Hari ni ibu dapat banyak sangat ucapan selamat dari kawan-kawan di FB.. ayah dan kamu?? pastila orang pertama kan?? hihi..anyway, rasa sangat berbesar hati dan happy dengan ucapan dari kawan kawan ibu.. alhamdulillah..ibu bersyukur sangat pada Allah sebab masih beri kesempatan dan panjangkan umur ibu untuk terus bernafas dan beramal di muka bumi ni.. smoga ibu sentiasa berada di bawah rahmat Allah.. menjadi anak yang solehah pada kedua orang tua ibu, juga mak dan abah mertua ibu..dan yang pasti..menjadi isteri dan ibu yang terbaik buat ayah dan kamu.. amin..
And the best part is.. bila ibu dapat tau sesuatu dari ayah siang tadi.. syukur Alhamdulillah..Allah dengar doa kita semua sayang.. walaupun masih samar samar, tapi sekurang kurangnya harapan ada di situ..then kita tunggu apa ayah kata 31hb depan.. selebihnya.. kita doa dan tawakkal pada Yang Maha Mengetahui.. sebab cuma Dia yang berhak atas kehidupan kita dan tau apa yang terbaik buat semua hambaNya..
Dan sempena hari ulangtahun kelahiran ibu yang ke 28 tahun ni..sekali lagi ibu memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada Allah kerana Dia telah menetapkan takdir ibu untuk hidup bahagia bersama suami sebaik ayah sekaligus menganugerahkan anak sehebat kamu.. sungguh ibu rasa sangat bahagia.. terima kasih pada mak ibu, nenek pada kamu kerana melahirkan ibu.. terima kasih juga pada mak mertua ibu, juga nenek kamu kerana melahirkan ayah kamu.. dan terima yang tak terhingga pada Yang Maha Pencipta kerna menganugerahkan rumahtangga ibu dan ayah dengan kehadiran kamu sebagai penyeri..Ya Allah, sungguh aku bersyukur dan berterima kasih di atas kesemua anugerah terindah ini dalam hidupku..
Buat ayah kamu, suami pada ibu.. terima kasih untuk kesekian kalinya kerna sudi meniti hari-hari mendatang dengan sayang.. I love you so much!!! and of course thanks a lot for the 'shop made' cake and the lovely gift.. honestly, tak pernah jangka akan punya designer watch.. huhu..sangat2 terharu!!! huhu..and of course I love it so much!!! thanks a lot sayang!!
Note: Ayah kata dah lama ayah simpan hadiah ni..dari Jan haritu..ayah bagitau mula2 ayah pilih color pink,tp takde stok..so ayah pilihla colour biru..apa2 pun, tetap cantik!!
P/S: I Love us!!