Sunday, June 20, 2010

Happy 2nd Father's day Ayah..

Hari ni hari Ahad..hahaha...memangla hari Ahad sayang, tapi sebenarnya ibu cuma nak cita kalau hari ni sebenarnya hari bapa.. honestly, ibu takde buat pape pun ntok ayah sempena hari ni.. cuma wish je la.. kamu?? harusla pagi2 seawal celik mata ibu ajar kamu wish kat ayah... 'ayah..happy father's day.. I love you..' apapun...sebenarnya tak perlu hari2 khusus untuk hari bapa ke, ibu ke.. everyday is supposed to be special day for them..cumanya, mungkin dengan adanya satu2 tarikh yang khas seumpama ni, nampakla lebih happening dan meriah kan??!!

Tapi, walau apapun kisahnya untuk hari ini.. ibu minta agar Kaseh akan sentiasa menghargai , mengasihi, menyayangi dan menghormati ayah..selamanya.. kerna ibu pasti ayah juga akan sentiasa punya perasaan yang sama pada kamu...kerna kamu adalah anaknya..dan dia adalah ayah kamu.. ayah yang sentiasa ada di sisi ibu tatkala kita sama2 berjuang di waktu kelahiran kamu hampir 2 tahun yang lepas. ayah yang sanggup melakukan segalanya untuk kamu, melapangkan dirinya untuk kamu, bersusah payah memberikan yang terbaik untuk kamu, yang sanggup menyedut hingus dari hidung kamu dan segala macam benda lagi yang telah, sedang dan sentiasa akan buat untuk kamu, anaknya.. please sayang..hormati ayah, jagalah perasaan ayah..kerna dia adalah ayah yang terbaik untuk kamu di dunia ini.. ayah suami ibu, dan ibu yakin dan amat pasti yang ayah akan jadi ayah yang TERBAIK untuk anak2 ibu.. mungkin ayah tak dapat lambakkan kamu dengan kemewahan wang ringgit, tapi syukur alhamdulillah.. segalanya cukup untuk kamu..dan insyaAllah, dengan ilmu yang ayah ada juga akan mampu membimbing kamu ke jalan yang diredhai Allah..insyaAllah.. doa ibu dan ayah agar kamu membesar menjadi anak solehah..yang sentiasa dirahmati Allah, dan dapat memanjangkan amal baik ibu dan ayah dengan amalan baikmu sayang.. kerna matinya kami cuma membawa amalan..bukan harta kekayaan dunia.. dan kamu adalah harta kami..harta yang kami doakan dapat membahagiakan kami di dunia dan akhirat.. sayang kamu selamanya..






P/S: I Love us!!

Note: Selamat hari bapa pada abah kepada ibu, atok kamu.. ibu call atuk tadi..walau ibu tau atuk takkan boleh bercakap dengan ibu..cukupla sekadar ibu dengar atuk katakan'haa...' di hujung talian sana.. sayang atuk kamu selamanya...


0 comments: