Wednesday, June 16, 2010

Andai satu masa nanti..

My dear sayang Kaseh..
Waktu ibu taip post ni, Kaseh ada dalam cot, dalam bilik tidur.. sedang terjaga dari lena yang panjang.. mungkin dek kerana terlalu letih berlari petang hari tadi waktu kita berjalan2 di Vigilandsparken.. Tapi, tetap..kamu sangat enjoy setiap saat yang kamu ada.. berlari2 sesuka hati mengikut langkah kaki kamu.. ada masa nampak seolah2 kamu cuba untuk mendekati kanak2 lain, walau hakikatnya mereka jauh lebih besar dari kamu.. tapi tetap..kamu sangat comel.. ada rasa mahu meletakkan diri di tengah2 keramaian tadi.. that's great!!


Sayang,
Seandainya saat kamu baca coretan hati ibu kali ni, kamu dah pun punya kehidupan sendiri, atau mungkin masih lagi menuntut di alam persekolahan, atau mungkin juga di peringkat universiti.. tahniah ibu ucapkan.. sebab ibu percaya kamu pasti dah banyak membanggakan ibu dan ayah..sebab ibu yakin anak ibu anak yang bijak.. yang akan sentiasa menyenangkan hati dan membuat hati kedua orang tuanya bangga. Tapi sayang.. cuma ibu minta sesuatu dari kamu.. biarla kegembiraan itu milik kita bersama.. milik kamu, ayah, ibu dan adik2 kamu.. jangan pernah biarkan gembira itu cuma milik ibu dan ayah..tapi bukan kamu.. sebab ibu tak nak andai ada sesuatu yang kamu lakukan tu, bukan atas dasar kehendak kamu sendiri, tapi lebih kepada memuaskan hati ibu dan ayah.. that's not right.. so, kalau waktu ni kamu ada berperasaaan sebegitu.. please..ibu minta.. let us know.. andai ditakdirkan ibu takde lagi waktu ni, please let your daddy know.. sebab.. ibu dan ayah tetap manusia biasa yang takkan lari dari melakukan kesilapan, atau mungkin ada kalanya terleka dek kerana mahu memuaskan hati masing2. Dan ibu takut kamu menjadi mangsa keadaan.. ibu harap ibu dan ayah tak buat macam tu.. andai kata ye, maafkan kami.. but please.. do let us know about it.. you are free to talk as long as you put your word in a good manner, then there will be no problem at our side, insyaAllah... kita boleh berbincang dari hati ke hati.. apapun halnya.. please.. jangan pernah pendamkan perasaan kamu..

My dear sayang Kaseh,
Sejak ayah dan ibu berkahwin, ayah selalu cakap..'nanti bila kita dah ada anak, jangan pernah lebihkan mana2 pun.. semuanya kena sama rata.. macam mana kita didik dan besarkan anak yang pertama, macam tu jugakla pada adik2nya'. dan statement tu tetap selalu ibu dengar walau kami dah punya kamu.. sebab kami tak pernah mahu terlupa atau terleka dalam membesarkan kamu dan adik2 kamu.. insyaAllah..ibu dan ayah cuba untuk takkan pernah sekali pun keluarkan statement ' kamu akak, dia adik.. kamu kene mengalah' NO sayang.. insyaAllah ibu takkan biarkan benda tu berlaku. Atas apa yang ibu rasakan waktu ni, atas apa yang telah ibu saksikan sejak beberapa hari ni, dan atas apa yang telah ibu dengar sejak bertahun2 lamanya.. statement tu cuma akan buat adik2 hilang rasa hormat, hilang rasa tanggungjawab pada yang lebih tua. And of course I will not let it happen in our family.. especially among my dearest children.. andai si adik melakukan kesilapan, tetap salah tu salah dia.. dan dia perlu minta maaf pada yang lebih tua.. andai barang tu kepunyaan yang lebih tua, dia tetap perlu minta izin sebelum ambil atau gunakan sekalipun.. begitu juga sebaliknya.. biarla ada rasa hormat, kasih dan sayang yang menebal antara diri kamu dan adik2.. cumanya.. SEANDAINYA.. kamu rasakan ibu dan ayah berat sebelah, tak kotakan apa yang ibu cakapkan tadi.. sekali lagi ibu minta.. bagitau ibu, bagitau ayah.. bagitau kami sayang.. sebab yang pasti..kami tak pernah mahu benda tu berlaku, cuma tetap kami manusia biasa yang kadang2 terlupa. So please, let us know if it still happen. Because that is totally wrong!!! Kalaupun kamu terpaksa print posting ibu kali ni, buatla..tunjukkan pada ibu.. luahkanla pada ibu.. cuma tetap perlu ada adab dan sopan yang perlu kamu iringkan ye sayang.. :) Ibu memang ibu kamu, tapi tetap dan selamanya ibu akan cuba untuk jadi sahabat yang terbaik pada kamu dan anak2 ibu yang lain.. insyaAllah.. sayang kamu selamanya..

My dear sayang Kaseh,
Membesarla menjadi anak solehah, yang menyenangkan hati ibu dan ayah, yang dapat memanjangkan amal baik ibu dan ayah dengan amalan baikmu sayang.. yang sentiasa berada di bawah rahmat Allah.. menjadi contoh yang baik pada adik2 kamu.. yang menjadi kebanggaan keluargamu dan agamamu..sayang kamu selamanya...



P/S: I Love us!!


0 comments: