Lama dah tak jenguk blog ni..macam biasa..kemalasan melanda walaupun kadang2 ada je benda nak diluah and cerita nak diceritakan.. tapi dek kerana ibu kamu ni tersangatla rajinnya..maka kambuskan je la benda dan cerita tu dalam benak ni..hahaha... Oh, harini 22hb Mac 2011, ikutkan EDD ada 2 hari je lagi adik kamu nak menjengah..tapi sampai sekarang still takde sign apa2.. ibu ni sebenarnya dah tak larat bebeno nak bawa perut ni tau.. lebih2 lagi waktu tidur malam.. nak beralih tempat pun masyaAllah..perit betul rasanya.. tu belum kira lagi nak bangun gi bilik air.. aduhai..berpimpin2 kat dinding2.. and there was a night bilamana air mata ni tumpah jua akhirnya dek kerana mengenangkan rasa dan perit yang ditanggung waktu tu..bukan perit apa..cuma terasa macam dah tak larat sangat2 nak lalu.. kalau boleh nak bersalin dah..tapi tetap takdir Allah tak tertulis begitu..
Malam tadi pun ibu tak dapat tidur lena..macam gak la malam kelmarin..asyik terjaga and rasa tak selesa.. ada masa contraction datang.. tapi jap gi pergi.. ingatkan nak sampai masa dah..tapi tak jugak.. tapi memang mengharap kalau sakit dan kelahiran adik ni biarla di siang hari.. lebih mudah ibu dan ayah nak uruskan perjalanan ke hospital and kamu sendiri.. kot tengah2 malam or pagi2 alam jenuh gak la.. huhu..
Semalam ada check up.. hoihh..ntah kenapa la pulak gula ni naik.. mungkin ke sebab sejam before check up tu ibu bantai makan lempeng yang berkeping2 cicah ngan sambal sardin..atau mungkin ke 2 hari before tu ibu dok bantai minum air gas sebotol kecik? ntahla..cume yang pasti esok, kene ke klinik untuk glucose test.. minumla air gula tu (tak pernah2 umur kene minum) pastu dudukla diam2 kat klinik tu 2 jam.After that baru nurse amik blood sample and buat test.. haihh..macam2.. BP pun kat boardner line je ni..tapi doc kata still normal and ok.. nothing to be worry katanya..yelah tuan doctor!! oh yer.. scan jumaat sudah memang dah ibu jangka kalau adik kamu pastinya lebih sihat dari kamu..tapi..bila dengar tu adeh..risau ibu tau!!! tapi takpela..berfikiran positive.. in term of weight, mmg adik besar.. but in term of size.. kita tunggula nanti sebab ibu pun takde lak bertanyakan hal tu haritu..papepun ibu redha je la.. doa banyak2 semoga semua baik and selamat utk ibu dan adik kamu..insyaAllah.. :)
Baby oh baby..bila agaknya kamu nak lahir ni?? kakak dulu awal 2 hari.. ke nak share birthday date ngan ibu 25hb ni?? takpela baby.. dah boring nanti keluar la ek.. mintak tolong siang hari ok.. :)
1 comments:
tahniah emy...=]
Post a Comment