Wednesday, December 01, 2010

7 tahun sudah...

1 Dec 2003.. dalam kereta somewhere in Shah Alam on the way ke rumah kawan ibu lepas daripada mendaftarkan diri sebagai pelajar di UiTM Shah Alam.. Masih segar dalam ingatan memori2 tu.. :) Sungguhpun jawapan dari ibu cuma keesokan harinya. (2 Dec 2003). Alhamdulillah cinta itu masih segar hingga ke hari ini...dan mudah-mudahan untuk selamanya..amin.. 'Saya tak kata ya..tapi saya pun tak kata tak.. macam ni la.. saya cuba..' tu jawapan yang ibu bagi pada ayah kamu 7tahun yang lalu bila diri ni diajukan soalan yang dulu2 orang kata 'declared'.. Kenapa ibu jawab macam tu?? Ibu tak jawab ya sebab ibu takut tak mampu nak beri komitmen dalam relationship tu. Sebab from previous experienced pun..cuma sebelah pihak sana je yang beriya dalam perhubungan..sedangkan ibu cuma buat tak kisah.. ibu takde nak call orang tu, takde jugak nak ada perasaan cemburu, waimah rindu sekalipun.. haha.. apalagi pulak.. soalan yang ayah ajukan tu setalah hampir 3 tahun ibu berstatus single and available..

Then..kenapa pulak ibu tak kata TAK?? Sebab..satu masa dulu..duluuuuuuuuuuuuuu..kalau nak kira waktu tu..10tahun dah kot (kalau sampai ke hari ni.. 16 tahun dah la..), hati ni pernah la suka kat ayah kamu tu. Zaman2 budak hingusan..ala2 puppy love gitu lerr.. haha.. teringat kenangan lama bila ayah sibuk je tunggu kat bawah tangga tiap kali tiba kelas ibu nak gi sembahyang asar, angkat air dalam baldi sama2, pastu sibuk pulak kawan dia tu sarungkan songkok ayah kat kepala ibu.. abis tu bila ibu nak pulangkan pada ayah..bukan ayah hulur tangan nak ambil, ayah gi hulur kepala dia pulak..terpaksa la sarungkan kan..haha.. Pernah gak la ayah kamu tu takde kerja lalu jalan jauh cycling sebab nak berbasikal seiringan ngan ibu lepas balik dari sekolah agama.. boleh?? Ayah dulu jejaka idaman malaya manja.. muka jambu gilerrr ok!! putih melepak..macam tepung gomak.. tapi pelik.. bila jumpa time2 dah besar..ntah mana ntah ayah sapu tepung gomak tu.. dah tak berapa nak putih la pulak..hahaha.. Hurmm..tiap kali terkenang kenangan2 ni..senyum sendirian ibu tau.hehehe.. tapi tu la..banyak lagi kenangan kecik2 yang tersimpan rapi dalam sudut memori ni.. And semua tu adalah jawapan kenapa ibu tak kata TAK bila ayah tanya haritu.. sebab ibu pernah suka ayah..pernah punya kenangan manis ala2 cinta monyet dengan ayah..ehehe..kelakar kan??

So..atas sebab2 tu la.. ibu cuma katakan yang ibu akan cuba.. dan alhamdulillah..takdir Allah telah menemukan kami kembali untuk mengenal hati budi masing2, berkasih sayang, bercinta, bertunang, berkahwin dan memiliki cahaya mata seindah kamu.. dan sekarang, kita bertiga sedang menanti kelahiran cinta hati yang kedua insyaAllah.. :) Subhanallah..sangat tersusun dan sangat rapi kan perancangan Allah sayang?? Syukur alhamdulillah..

Dan kini, ibu bahagia bersama ayah, kamu, baby dalam perut ni dan kehidupan simple yang kita ada di sini.. kita mungkin tak kaya harta benda tapi sekurang2nya kaya dengan kasih dan sayang.. :)


bercinta.. (25 Mac 2007)

bertunang.. ( 30 Jun 2007)


berkahwin..( 4 Nov 2007 - majlis belah ayah)

mengandungkan kamu.. (around July or august 2008)


dan hari kelahiran cinta hati ibu dan ayah.. :) (14 oct 2008)



P/S: I Love us.. jaga diri sayang, kehormatan kamu, sembahyang kamu dan iman kamu yang pasti!!


3 comments:

jejaka idaman malaya itu said...

Mana la agaknya baju maroon tu kan???

KIRIS.. said...

haha...itula..misteri betul kan??? huhu..sorryla syg..nanti ktie gi india beli lagi ek??ngeh2..

ciK LyndaWawa igUana said...

sweet citer ni emy..hehhe