Friday, June 18, 2010

Ku Cinta Apa adanya kamu..




Kuamati semua
menatapmu aku bahagia
Sedianya bila diriku
Bisa menjadi kekasihmu
Tinggalah aku menanti
Cinta ini terus tertuju
Dalami hatimu yang galau
Kumau kamu seadanya
*
Jadikanlah aku cintamu bersemi untuk kita
Biar waktu nanti yang bicara ku lugu menanti
Kuterima engkau seperti yang ini apa adanya
Biar hati kita yang bicara ku cinta apa adanya kamu..
Tinggalah aku menanti
Cinta ini terus tertuju
Sedianya bila diriku bias menjadi kekasihmu


P/S: I Love us!!

Wednesday, June 16, 2010

Andai satu masa nanti..

My dear sayang Kaseh..
Waktu ibu taip post ni, Kaseh ada dalam cot, dalam bilik tidur.. sedang terjaga dari lena yang panjang.. mungkin dek kerana terlalu letih berlari petang hari tadi waktu kita berjalan2 di Vigilandsparken.. Tapi, tetap..kamu sangat enjoy setiap saat yang kamu ada.. berlari2 sesuka hati mengikut langkah kaki kamu.. ada masa nampak seolah2 kamu cuba untuk mendekati kanak2 lain, walau hakikatnya mereka jauh lebih besar dari kamu.. tapi tetap..kamu sangat comel.. ada rasa mahu meletakkan diri di tengah2 keramaian tadi.. that's great!!


Sayang,
Seandainya saat kamu baca coretan hati ibu kali ni, kamu dah pun punya kehidupan sendiri, atau mungkin masih lagi menuntut di alam persekolahan, atau mungkin juga di peringkat universiti.. tahniah ibu ucapkan.. sebab ibu percaya kamu pasti dah banyak membanggakan ibu dan ayah..sebab ibu yakin anak ibu anak yang bijak.. yang akan sentiasa menyenangkan hati dan membuat hati kedua orang tuanya bangga. Tapi sayang.. cuma ibu minta sesuatu dari kamu.. biarla kegembiraan itu milik kita bersama.. milik kamu, ayah, ibu dan adik2 kamu.. jangan pernah biarkan gembira itu cuma milik ibu dan ayah..tapi bukan kamu.. sebab ibu tak nak andai ada sesuatu yang kamu lakukan tu, bukan atas dasar kehendak kamu sendiri, tapi lebih kepada memuaskan hati ibu dan ayah.. that's not right.. so, kalau waktu ni kamu ada berperasaaan sebegitu.. please..ibu minta.. let us know.. andai ditakdirkan ibu takde lagi waktu ni, please let your daddy know.. sebab.. ibu dan ayah tetap manusia biasa yang takkan lari dari melakukan kesilapan, atau mungkin ada kalanya terleka dek kerana mahu memuaskan hati masing2. Dan ibu takut kamu menjadi mangsa keadaan.. ibu harap ibu dan ayah tak buat macam tu.. andai kata ye, maafkan kami.. but please.. do let us know about it.. you are free to talk as long as you put your word in a good manner, then there will be no problem at our side, insyaAllah... kita boleh berbincang dari hati ke hati.. apapun halnya.. please.. jangan pernah pendamkan perasaan kamu..

My dear sayang Kaseh,
Sejak ayah dan ibu berkahwin, ayah selalu cakap..'nanti bila kita dah ada anak, jangan pernah lebihkan mana2 pun.. semuanya kena sama rata.. macam mana kita didik dan besarkan anak yang pertama, macam tu jugakla pada adik2nya'. dan statement tu tetap selalu ibu dengar walau kami dah punya kamu.. sebab kami tak pernah mahu terlupa atau terleka dalam membesarkan kamu dan adik2 kamu.. insyaAllah..ibu dan ayah cuba untuk takkan pernah sekali pun keluarkan statement ' kamu akak, dia adik.. kamu kene mengalah' NO sayang.. insyaAllah ibu takkan biarkan benda tu berlaku. Atas apa yang ibu rasakan waktu ni, atas apa yang telah ibu saksikan sejak beberapa hari ni, dan atas apa yang telah ibu dengar sejak bertahun2 lamanya.. statement tu cuma akan buat adik2 hilang rasa hormat, hilang rasa tanggungjawab pada yang lebih tua. And of course I will not let it happen in our family.. especially among my dearest children.. andai si adik melakukan kesilapan, tetap salah tu salah dia.. dan dia perlu minta maaf pada yang lebih tua.. andai barang tu kepunyaan yang lebih tua, dia tetap perlu minta izin sebelum ambil atau gunakan sekalipun.. begitu juga sebaliknya.. biarla ada rasa hormat, kasih dan sayang yang menebal antara diri kamu dan adik2.. cumanya.. SEANDAINYA.. kamu rasakan ibu dan ayah berat sebelah, tak kotakan apa yang ibu cakapkan tadi.. sekali lagi ibu minta.. bagitau ibu, bagitau ayah.. bagitau kami sayang.. sebab yang pasti..kami tak pernah mahu benda tu berlaku, cuma tetap kami manusia biasa yang kadang2 terlupa. So please, let us know if it still happen. Because that is totally wrong!!! Kalaupun kamu terpaksa print posting ibu kali ni, buatla..tunjukkan pada ibu.. luahkanla pada ibu.. cuma tetap perlu ada adab dan sopan yang perlu kamu iringkan ye sayang.. :) Ibu memang ibu kamu, tapi tetap dan selamanya ibu akan cuba untuk jadi sahabat yang terbaik pada kamu dan anak2 ibu yang lain.. insyaAllah.. sayang kamu selamanya..

My dear sayang Kaseh,
Membesarla menjadi anak solehah, yang menyenangkan hati ibu dan ayah, yang dapat memanjangkan amal baik ibu dan ayah dengan amalan baikmu sayang.. yang sentiasa berada di bawah rahmat Allah.. menjadi contoh yang baik pada adik2 kamu.. yang menjadi kebanggaan keluargamu dan agamamu..sayang kamu selamanya...



P/S: I Love us!!


What's on my mind 6..

Waktu ni ibu rasa sangat2 sakit hati.. bengang kepala otak semua la ada.. dari nak tidur semalam, tidur pun terbawak2 dalam mimpi.. ni tadi bangun pagi pun dok terfikir n terkenang lagi.. memang tahap sakit hati ibu ni melampau2 la ni.. Ya Allah.. ujian kesabaran untuk ibu agaknya.. tapi memang sangat sakit hati.. ayah pulak..cuma membiarkan je keadaan jadi macam tu.. susah la nak cakap.. pada ayah mungkin situasi tu biasa pada ayah..tebab dari sejak dulu2 lagi ayah dah kerap lalu and berdepan dengan soituasi yang sama.. mungkin pada ayah..dah macam lali.. tapi tidak pada ibu.. ibu rasa sangat tercabar atas apa yang berlaku. Kalau dah rasa ego sangat.. please..you are free to go.. The door is always there..apsal lak tak tau malu melekat lagi kat situ.. tapi memang ibu sakit hati.. jangan sampi ibu bertindak sendiri di luar batasan pemikiran sudah.. waktu tu jangan pulak ayah nak salahkan ibu..


image from google..


P/S: I Love us..


Tuesday, June 15, 2010

Potty Training

Hari ni (08/06/10) bermula la potty training untuk kamu.. since kamu pun dah pandai bersuara 'poo' everytime kamu nak poo2.. so ibu rasa dah boleh kot mulakan usaha.. so harini dah few times gak la ibu dok asik la bukak and pakaikan balik diapers tu.. sebab.. kadang2 kamu sebut poo.. tak pun, bila ibu nampak kamu mencangkung seolah2 meneran, cepat2 ibu bukak seluar and diapers kamu.. then definitely i will ask you go to the toilet and seat on your potty.. tapi, everytime tu la kamu main-main.. tak juga poo.. cuma pee jerk.. mungkin kamu tak biasa kot.. ada takde.. sikit je pun hasil pelaburan.. huhu..





P/S: I Love us!!

Thursday, June 10, 2010

Thanks daddy..

Balik bercuti ke Msia kali ni, ayah belikan kamu hadiah... last year balik kamu kecik lagi, so carrier seat yang ada tak boleh menampung lagi.. so this time, ayah beli yang tahan lama.. approximately up to 12years/36kg.. But still, brand yang sama.. sebab ayah sangat mementingkan keselesaan dan keselamatan.. walau terpaksa mengimport dari German dan diterbangkan terus ke Malaysia 2 minggu sebelum penerbangan MH01 landing on the 25th April 2010.

Nak dijadiakn cerita, actually barang ni dah sampai few days awal dari kita sampai.. tapi ada isu sikit bila nak collect barang ni.. so, keesokan hari tu, after few time call kastam and pos malaysia sendiri.. ayah decide untuk collect sendiri kat pejabat pos somewhere near to kargo places.. and again.. untuk kesekian kalinya.. sistem kat Malaysia ni kadang2 macam siput.. benda simple pun makan berejam.. urusan yang sepatutnya boleh diuruskan di 1 kaunter, or maybe 2.. jadi 4 kaunter.. tapi ada 2 kaunter tu kene berbalik2.. haihhh... ntah apa2 ntah.. kenapa la suka sangat menjadikan urusan yang simple tu menjadi rumit.. tak paham n tak pernah paham.. awal2 sampai kat Msia je mulut dah mengomel.. Dahla pengawal tu kerek.. takde ibu nak kidnap nye trolly dah senget2 tu.. apala salahnya cakap dengan cool daripada awak cakap macam bagus.. dahla cuaca time tu panas menyengat.. makin panas rasanya.. stupid!!! Kesimpulannya.... jarang2la berpuas hati dengan service kat Msia ni.. nanti2 ibu update plak pasal kisah kat Celcom center Kajang yang betul2 buat ibu naik darah.. cerita tu lagila menyakitkan hati.. haihh..

Anyway, terima kasih pada ayah kamu untuk keselesaan yang dihadiahkan pada kamu utnuk percutian kali ni.. Membesar jadi anak solehah ok sayang.. yang menyenangkan hati ayah dan ibu.. sayang kamu..sayang ayah kamu juga..





pacifier tu adalah wajib setiap kali duduk dekat car seat.. tak malu!!! seawal minit pertama dah mintak.. other than that time.. takde kesah la pulekk... anak..anak..


P/S: I Love us!!

Wednesday, June 09, 2010

Rindu padanya...Desa Impiana..

Tajuk takde kene mengena pun dengan entry.. sebenarnya ibu rindukan rumah kita. tiba-tiba je rasa rindu.. apa khabar rumah tu.. hurmm..nak balik haritu tak sempat nak kemas.. masih ada kotoran yang masih perlu disental..hurmmm.. tiba2 rasa sebak.. aduss.. ibu sangat lemah tiap kali berbicara pasal desa tu.. especially after balik bercuti kali ni.. why arrr????? mungkin kerana saki baki rasa kecewa yang tinggal kot..

ni la living hall tingkat bawah rumah kita...divider tu ibu baru beli..saje suka2 puaskan hati sendiri.. tak dan pun nak bubuh frame ke apa ke.. kosong je.. sangat sesuai untuk memerangkap lebih banyak habuk mungkin..hahahhaha...

Video ni ibu rec waktu kita jalan2 ambil angin hari Ahad yang sudah.. terima kasih pada ayah untuk tricycle yang comel lagi cute ni.. kamu sangat la suka naik tricycle ni kan.. menyanyi2 bagai.. hihi..sangat comel..ibu sayang kamu..






P/S: I Love us!!



Monday, June 07, 2010

Surprised!!!! Alhamdulillah menjadi - Part 1

Assalamualaikum... hohohohoho.. sepi je blog ni sebulan lebih ni.. jangan kata bersawang.. taik cicak pun dah bersepah2 dah..ekekek.. mana kami menghilang ek?? we all balik bercuti di kampung halaman la.. sebetulnya, takde sesiapa pun di kalangan ahli keluarga yang tau tentang kepulangan kami ni.. cuma ada 3 org kawan kat KL yang tau.. itu pun secara kebetulan.. kalau tidak..mmg takde sape pun yang tau.. memang hajat di hati nak buat surprise untuk semua.. tiket pun kami dah beli sejak 29/12/2009.. see.. punyela lama menyimpan rahsia kan?? sesiapa pun tanya bila nak balik.. slalu jawapan harusla 'raya'.. so, berangkatla kami ke London 23/4/2010 yang lepas... then, 24/4/2010 kami berangkat ke Msia dengan penerbangan MH01.. few days before flight kami.. hati agak gusar since waktu tu isu debu gunung berapi memang sangat hot sampai major airport pun closed.. tapi, alhamdulillah.. 3 hari before flight kami.. airport dah mula beroperasi macam biasa.. terima kasih Ya Allah kerna mempermudahkan urusan kami..

Transit sehari di London.. stay kat airport hotel jer.. kebetulan hotel pun elok2 je kat terminal 4, the same terminal for our next flight to KUL via MAS.. flight ke KUL dari LON pukul 2210pm London time, and we all landed kat KLIA pukul 1730pm msia time. keesokan harinya. syukur perjalanan sangatla smooth..and kamu manja.. terlalu lena diulit mimpi indah agaknya.. hihi... nanti2 update lagi ek.. dah lama tak update blog, dah macam beku lak otak nak mengarang..hahaha.. :P


after check out dari hotel and proceed for the check in purposes..

melayan mata before diulit mimpi indah..


sesampai nya di KLIA..

peace!!


dalam airport limo otw balik ke desa impiana kami..


P/S: I Love us!!