Friday, March 26, 2010

Genap setahun...

Hari ni 26hb Mac 2010.. maksudnya, dah setahun usia blog Kisah Anak Kecil KIRIS ni.. sekejapnya masa berlalu..First entry blog ni ibu tulis sehari selepas birthday ibu.. dan waktu tu, kamu baru berusia 5 bulan, 2 minggu.. dan by the time entry ni ditulis, kamu dah pun berusia 17 bulan, 2 minggu.. kalau setahun lepas kamu baring dan meniarap tatkala ibu menaip di keyboard laptop ni, tapi waktu ni, kamu dah lena dibuai mimpi sayang.. sebab sekarang pun dah pukul 21:34.. memang sah2 la waktu tidur kamu..

Dah besar dah anak ibu dan ayah ni.. membesar menjadi anak solehah dan muslimat sejati yer manja.. ibu dan ayah sayang sangat pada kamu.. andai satu hari nanti Kaseh rasa ada kekurangan dalam layanan dan didikan ibu dan ayah terhadap kamu or adik2 kamu.. please do let us know.. ibu dan ayah bukan cuma mahu menjadi orang tua kamu, tapi juga sahabat yang setia untuk kamu.. kita boleh share semua benda.. no limit ok girl!! asal tetap kamu tahu menghormati ibu dan ayah, there will be no problem at all from our side.. suka duka kamu..kita share sama2 ok sayang.. jangan pernah ada rasa takut atau malu untuk share anything dengan ibu dan ayah kamu.. selagi betul cara dan batasnya, pasti ibu dan ayah akan bersikap terbuka pada kamu dan adik-adik.. andai waktu tu Kaseh rasa ibu dan ayah tak kotakan apa yang ibu katakan dalam blog ni.. let me know kay honey.. love you so much!!!




P/S: i Love us!!




0 comments: