Sunday, February 14, 2010

My manja, kasih, sayang n cinta!!!

Kaseh….

Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu mahu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu
Maka ibu memilih mengandungkanmu…
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah


Sayang..

Sembilan bulan 8 hari engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa dan berurai air mata…


Manja…

Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus menjalani pembedahan,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Walau waktu itu ibu terpaksa dibantu dengan prosedur tambahan yang tak pernah ibu jangkakan pun,
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu surga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat yang paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayah mengumandangkan iqamat,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu,
Menyaksikan ayah mencuitkan secuit kurma di langit-langitmu..

Tetapi sayang..
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah ibu sayang…
Maafkan ibu…

Percayalah sayang, ibu dan ayah sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah manja…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah…
Engkau selalu menjadi belahan nyawa ibu…


sayang kamu selamanya..sangat2!!


P/S: I Love us!!

0 comments: